Dua Puluh Empat dan Sebelas

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Terima kasih ya Allah di atas kasih sayang-Mu yang unlimited ini. Kerana kasih dan sayang ini aku masih mampu merasai nikmat hidup di dunia ini. Masih diberi peluang untuk menghiasi buku catatan amalan, insha'Allah~ semoga diri ini kuat dan terus istiqamah di jalan-Nya dalam melalui jalan yang penuh berliku ini.




Alhamdulillah~ di usia 21 tahun ini, saya sudah banyak belajar tentang erti sebuah kehidupan. Semakin dewasa, semakin membuatkan saya berfikir "apa tujuan hidup saya di atas dunia ini, dan kemana hala tujuan saya nanti" dan sesungguhnya, setiap hari saya akan muhasabah diri, seboleh mungkin nak jadi yang lebih baik dari hari ke hari. 

Syukur Ya Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Segalanya. Dia berikan ujian dan dugaan adalah untuk mentarbiah diri, dan sebagai tanda kasih sayangnya pada diri ini. Agar kita menjadi lebih matang dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang. See.! Dia mengajar kita erti kehidupan melalui ujian. Jangan mengeluh, teruskan langkahan walaupun perlahan. :)

Perjalanan hidup di atas dunia ini, sungguh bukannya mudah..! Pelbagai onak, duri dan cabaran kita kena lalui. Andai kita tidak kuat, pasti akan tersungkur di tengah jalan. Tapi bangunlah kembali, bangun dari mimpi-mimpi dan carilah realiti. Motif hidup kita di atas dunia ini adalah untuk apa dan kerana apa.

Ketahuilah, hidup di dunia ini hanya sementara, kerana akhirat itu yang kekal selamanya. Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan. Jika sudah tahu begitu, mengapa harus ada rasa penat.? Ingin meneruskan perjalanan, haruslah ada bekalan kan.? Jika diri terasa penat, mohonlah pertolongan dari-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kan. Jangan sombong untuk berdoa dan meminta pada-Nya. Kerana itulah tugas kita sebagai Hamba. :)

" Hidup ini akan terasa indahnya jika bermotifkan LillahiTa'ala  "



NotaHati | Dear ibu, thanx for everything. Ibu banyak bersabar melayan kerenah diri ini semenjak kecil lagi, hingga kini sudah 21 tahun dan sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Diri ini tidak pernah meminta hadiah yang besar dan mahal, cukuplah doa dari ibu yang mengiringi setiap langkah ini. Terima kasih ibu sebab banyak mengajar dan memberi sokongan setiap kali diri ini melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ibu adalah segala-galanya, sumber inspirasi juga buat diri saya. Seorang ibu yang hebat dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. I'm proud of you ibu.! Me heart you. *kiss and big hugs*

Million thanks juga buat sahabat semua, doa dari kalian cukup membuatkan diri ini terharu. Semoga awak semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Ilahi.




Awan dan Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

- Belajar tentang kehidupan dari Awan dan Hujan. -


Awan : Hujan, tolong jangan pergi.

Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

Awan : Tapi aku masih mampu.

Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi kau mampu untuk bertahan.?

Awan : *diam*


Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita, dan kau pun harus akur pada pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke Bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.

Awan : *mahu menangis*


Hujan : Sungguh, terkadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada. Mengapa mahu bersedih.? :')

Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Terima kasih Hujan, kerana mendengarmu aku mengenali diriku.

Hujan : *AllahuRabbi* selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain ya. :')

Awan : *airmata jatuh tanpa henti*

# Hujan pun turun bersama airmata, sakit di saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti kesakitan Awan dan Hujan. langit hanya menyaksikan, tapi belum tentu Langit itu faham akan erti sebuah pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Indah sekali, kamu lihat bukan.? :')





Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

" this is what we call the sweet pain feeling.. "

terima kasih Tuhan di atas kasih dan sayang yang Unlimited ini ♥ 




Semoga Terus Istiqamah


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Jika inginkan kejayaan, 
harus dimulakan dengan kekuatan,
walau menempuh pelbagai dugaan, 
usah dikuburkan segala impian,
teruskan langkahan, 
walaupun perlahan.!




Tak perlu ragu nak menuju ke arah yang lebih positif.
Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersamamu.
Terus istiqamah. jangan sesekali merasa lemah.!

Usah kerana dengan satu ujian yang Allah berikan, kau dah give upCome on, Allah Maha Mengetahui Segalanya. Dia beri ujian tanda Dia sayangkan kita, dan ujian itu sebagai pengukur bagi keimanan kita. Jangan mudah menyerah kalah.!

Bersabarlah dalam menempuh setiap dugaan dan ujian yang menimpa tatkala diri sedang berjuang di jalan-Nya. Kerana itu adalah salah satu cara sebagai penebus dosa-dosa kita yang lalu. Kuatkan diri, tabahkan hati. Bersabarlah dalam mentaati perintah Allah, kerana Dia tak kan sesekali mensia-siakan kesabaran orang-orang yang bersabar demi ketaatannya pada perintah Tuhan. :)




Kerana Aku Seorang Muslimah


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')



Kerana aku seorang Muslimah,
Aku bersyukur apa adanya aku,
Aku belajar menerima takdir-Nya buatku,
Aku di sini kerana cinta-Nya buatku,
Walau dicaci dan dihina,
Aku akan teguh berdiri dan takkan terus tunduk.

Aku bukan Muslimah yang mudah menyerah kalah,
Allahuakbar..!
Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun,
Aku juga bukan Muslimah yang lembik dan lemah.

Aku bukan Muslimah yang lemah,
Yang mengada-mengada,
Tidak mampu untuk hidup berdikari,
Dan yang hanya bergantung pada orang lain,
Aku juga bukan seorang yang pengecut,
Yang mudah kalah terhadap cabaran.

Aku mahu jadi Muslimah yang lemah lembut,
Tapi mempunyai hati yang kuat,
Yang tidak lari dari cabaran dunia,
Tapi menghadapinya dengan berani,
Dengan bersandarkan keyakinan DIA sentiasa di sisi,
Mempunyai hati yang bisa dilentur,
Namun tak mudah untuk dipatahkan,
Aku ingin menjadi seorang Muslimah yang mampu berpijak di atas kaki sendiri..!

Akan ku kesat airmata dengan semangat baru
,
Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya,
Aku tidak akan mudah menurut kata nafsu,
Aku Muslimah yang ditarbiah,
Mampu mempertahankan maruah sendiri
dari tergadai oleh godaan duniawi,
Aku ada DIA, cukup Allah yang Maha Esa.

" tika semua berlalu pergi, Tuhanku tak pernah tinggalkan ku sendiri "



Dear Hati


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya dengan positif. Mentafsirkannya secara positif dan bertindak juga dengan cara yang positif.

"Ya Allah, kau berikanlah aku hati yang tabah dan kuat dalam melalui segala liku-liku ujian hidup ini."

























Hati, kau kena kuat.!
Jangan cepat mengalah,
Jangan mudah melatah,
Kalau kau kuat, Insha'Allah~
Tiada apa-apa yang mampu buat kau goyah.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan taksub akan cinta dunia,
Kerana cinta itu hanya sementara,
Mungkin sekarang kau tak bisa dapatkan cinta sesama manusia,
Tapi, penuhkanlah cinta itu hanya untuk Yang Maha Pencipta.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan mudah merasa kecewa.
Manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa,
Tapi Allah sentiasa ada,
Sentiasa ada untuk kau kembali kepada-Nya.

Hati, kau kena kuat.!
Allah tidak akan uji kau jika Dia tahu kau tak mampu untuk menghadapinya,
Allah tahu kau kuat setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia,
Bangunlah kau untuk menghadap-Nya,
Dia menguji kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milik-Nya.

Hati, kau jangan menangis. Kau jangan bersedih. Allah kan ada. =)


Keep Spirit, Keep Istiqamah


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')





Saat kau merasa masalahmu semakin sulit dan rumit,
Ketahuilah, Allah akan ada di sampingmu.

Di saat kau merasa menyesal di atas segala keputusan yang kau ambil,
Ingatlah, Allah sentiasa di sisimu.

Di saat kau merasa tak ingin lagi melanjutkan hidupmu,
Di saat kau mula tidak percaya lagi akan kemampuanmu,
Di saat kau mula terasa tidah tenang,
Di saat kau tidak ingin melakuakn apa-apa lagi,
Di saat kau mengalami kegagalan,
Di saat kau pulang dengan tangan kosong dari sesuatu urusan,
Dan di saat kau tidak mendapatakn apa yang kau harapkan.

Sesungguhnya, di saat itu Allah ada di pihakmu,
Allah sentiasa ada bersamamu,
Dia tak kan pernah meninggalkan dirimu sendiri.

Ingatlah, jangan pernah menyerah walau sedikit pun,
Dan jangan pernah kau berputus asa dari rahmat-Nya.

Berbaik sangkalah kepada-Nya,
Dan berharaplah hanya pada-Nya.

Yakinlah, Dia akan memberimu jalan keluar atas semua masalahmu,
Percayalah, Dia akan memberi ketetapan terbaik atas hidupmu.

Kau hanya perlu berikhtiar,
Diiringi doa tanpa lelah,
Lalu di sempurnakan dengan bertawakal dan bersabar.

Sungguh.! Dia tak pernah mengabaikanmu,
Mulai sekarang, berjanjilah kau akan selalu mendekati-Nya,
Dan berjanjilah kau akan membuang semua tanggapan burukmu.

La Tai'asu Min Rahmatillah.!
Mulai sekarang, berjanjilah kau tak akan berputus asa lagi.

Keep Spirit, Keep Istiqamah.!

Untuk yang bergelar "Hawa"


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

 " Ya Allah, jangan Kau jadikan tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini, mampu juga menggongcangkan iman para lelaki.

Sesungguhnya, dalam tidak sedar, wanita yang punya sifat lemah lembut yang bila dilihat hanya mampu menghayun buaian, juga bisa menggoncangkan dunia seperti Sumaiyyah. Jangan dilihat pada luaran sahaja, tapi ketahuilah hati dan imannya sangat teguh memperjuangkan Ad-din Allah. Semoga kita menjadi sepertinya yang teguh mempertahankan haknya.


























Wahai Hawa,
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
Sedarlah bahawa, kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh dan solehah.
Kau juga boleh menggegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa,
Jangan sesekali kau cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali kau goda lelaki yang bukan suamimu.
Kerana khuatir ia akan mengundang kemurkaan dan kebenciaan Allah.
Dan memberi kegembiraan pada syaitan, kerana wanita adalah umpan syaitan, alat yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan Adam.


Nauzubillah~ syaitan memang tak akan berputus asa untuk menghasut dan menyesatkan anak-anak Adam. Mohon kita dijauhkan dari semua ini. :'( Peringatan buat diri ini juga,
biarlah tangan yang menghayun buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencari Mardhatillah.


La tahzan, Allah kan ada.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

La tahzan, innallaha ma'ana. Saya pasti ramai yang selalu mendengar perkataan ini. Dan sudah tentu ramai juga yang tahu akan maknanya. Usah bersedih, sesungguhnya Allah bersama dengan kita. Ayat ini sungguh memotivasikan diri saya sebagai seorang insan yang kerdil ini. Bila sedang bersedih, saya akan ingatkan diri saya tentang ayat ini.
 





Allahuakbar! Allah yang maha mengetahui segalanya. Terkadang Dia hanya berikan sedikit sahaja ujian buat kita, tapi Ya Allah, gelabah memang tak terkata. Terkadang, Dia datangkan ujian itu untuk mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya. Mungkin Dia rindukan doa dari seorang hamba-Nya. Usah mengeluh, diri kita diuji tanda Dia sayangkan kita. Jangan pernah tanya mengapa kita diuji, tapi belajar terus tabah untuk melalui hidup ini.

Terkadang ujian yang diberi juga bagai menjadi semangat buat diri ini untuk terus melangkah mendekatkan diri yang kerdil ini pada-Nya. Ku tahu, tika semua berlalu pergi, Tuhanku tak pernah tinggalkan ku sendiri. Jadi mengapa kita perlu takut untuk bangun kembali setelah terjatuh. Sedangkan kita juga tahu, Dia sentiasa ada untuk mendengar suara hati seorang hamba yang ingin meminta pertolongan dari-Nya. Dan sesungguhnya Allah itu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Dia juga tak akan membiarkan seorang hamba terus hanyut dengan kesedihan yang dialami. Saat airmata jatuh, ketahuilah itu adalah airmata mencari kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan langkah setelah apa yang dilalui. Jangan mengeluh apabila ditimpa musibah. La tahzan, Allah kan ada. Berdoalah!



Eid-Mubarak 1433h.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu Syawal 1433h. Sekarang sudah masuk minggu ke-2 kita berada di bulan Syawal. As usual, bila tibanya 1 Syawal, anak-anak di perantauan berpusu-pusu mahu pulang ke kampung halaman. Termasuk saya dah keluarga juga, hari terakhir berpuasa memang sangat tak sabar untuk pulang ke kampung. Kami kan anak merantau. Dah macam ape jew, eksaited sangat rasanya. Maklumlah setahun sekali je kan dapat rasa suasana begitu. Memang lah jadi terover eksaited. Jom terjah ceritera raya saya yang tak seseronok awak semua, tapi sangat indah buat saya. :)

Ceritera Raya Pertama :
    Sudah 2 tahun raya pertama kami di Pahang. Seperti biasa, selepas sembahyang raya kami akan menziarahi pusara ayahanda tercinta. Selesai selesai sembahyang raya, menziarahi dan membaca Yassin di pusara, mulalah sibuk melayan tetamu di rumah pula. Actually, kami beraya di Pahang hanya sehari je, so raya pertama memang ramailah rakan-rakan ibu dan arwah ayah yang akan datang. Dan saya punya turn melayan tetamu opkoz la sampai tengahari je, sebab nak pergi beraya bersama sahabat-sahabat pula. Jadinye lepas zohor je, terus hilang. hee~ Pergi beraya rumah mereka sambil berukhwah. Bila dah setahun sekali je jumpa, memang banyak cerita yang nak di-story-kan. Kalau boleh, tak nak masa cepat berlalu. Nak peluk-peluk dan cium diorang puas-puas. Serius, sangat rindu pada teman seperjuangan zaman sekolah dahulu. Sebab tu bila dah jumpa, rasa macam tak nak balik. Dah la susah nak jumpe, tapi tak mengape. InshaaAllah, biiznillah~ panjang umur kita jumpa lagi ye. Sahabat till Jannah, inshaaAllah. 

Ceritera Raya Kedua :
    Seperti biasa juga, raya kedua kami pastinya sudah berada di rumah nenek di Perak. Di situlah tempat arwah ayah dan ibu membesar, memang wajib setiap tahun kami akan pulang ke sana melawat sanak saudara. Semuanya akan gunakan keyword "setahun sekali". Bila dah pulang ke kampung, suasana lagi meriah la kan. Beraya di kampung lagi seronok, dengan sanak saudara yang kecik-kecik bising membuat onar. Semua buat hal masing-masing. Tapi yang paling seronok, bila nak pegi beraya rumah adik-beradik arwah atok dan nenek, mesti kami berkonvoi ikut family masing-masing! The best moment every raya. Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat rapat dan erat ukhwahnya. Petang raya kedua mula berkonvoi ke rumah maksu dan paklong di Lumut dahulu. Sebab rumah mereka paling dekat dengan rumah nenek dan senang untuk diterjah. Ragam anak buah, belum sampai lagi dah pesan pelbagai makanan. Seronok, sebab masa tu lah nak makan yang sedap-sedap. :D

Ceritera Raya Ketiga dan Keempat :
     
Raya ketiga sambung beraya lagi di rumah maklang dan makjang di Ipoh. Waktu beginilah ukhwah yang dibina dapat lebih dieratkan lagi ikatannya. Dan bila dah sampai Ipoh, memang merata la kami berjalan, sepupu ramai yang sebaya, so apa lagi, ikut lah diorang beraya. Boleh kenal dengan rakan-rakan mereka juga kan. Berkongsi cerita, tak kering gusi lah bak kate orang bila berceloteh. Hidup ni kan jangan menyombong. Orang sombong selalu rugi. Yang tak sombong siap dapat duit raya lagi. hee~ Jadinya, masa raya ni lah nak tunjukkan ramah-mesra kita nieh, tapi biarlah berpada-pada.

Ceritera Raya Kelima dan Keenam :
      Tetiba Angah bagi cadangan untuk bercuti ke sebuah pulau. Haa~ apa lagi, makin bertambah eksaited la satu family sebab nak pergi bercuti pulak kan, walhal penat beraya yang sebelum tu pun tak abis lagi, dah kene explore ke pulau pulak. Kami memang pantang bab-bab berjalan dan bercuti ni. Kalau tengah letih pun, terus hilang letih tu. Sebab dah dapat bayangkan macamane tempat tu nanti. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kami jadi orang pulau selama 2 hari. Ya Allah, seronok sangat rasanya. Dapat menikmati suasana alam ciptaan Tuhan ini. Subhanallah, memang cantik tak terkata. Nak letak gambar, memang banyak sangat. Tapi inshaaAllah, di akhir entri ini saya akan selitkan satu atau dua gambar untuk pencuci mata awak semua. :)

Ceritera Raya Ketujuh :
         Tibalah masa untuk kami berangkat pulang setelah seminggu menghabiskan sisa-sisa baki raya di kampung. Allahurabbi, masa tu Tuhan je tahu betapa sukarnya kaki nak melangkah pulang ke rumah. Sebab bila dah pulang ke rumah, kerja harian haruslah berjalan seperti biasa. Time tu dah mula terbayang akan merindui suasana kampung dan sanak-saudara semua. Haa~ camane tu, belum sampai rumah lagi dah rindu kan. Rindu nak berkumpul 1 keluarga besar. Maklumlah bila di rumah, saya hanya tinggal bersama ibu je. Bila pulang ke kampung suasana jadi lain, riuh rendah yang amat! Serius sekarang pun rindu susana tu, dapat tengok gambar pun jadilah. Memori terindah dan dijadikan sebagai kenangan paling manis di dalam hidup ini. Bahagia bersama keluarga tercinta! Terima kasih Ya Allah. 







# Bagaimana pula dengan raya awak semua? Mesti lagi seronok dan meriah kan. Hari raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Dan, bulan Syawal juga kita boleh reward pahala lagi dengan berpuasa 6. Haa~ jom sama-sama puasa 6, nanti boleh lah raya untuk kali kedua pula. Terima kasih kerana awak semua sudi baca entri yang panjang lagi berjela ini. Isi pun sudah diringkaskan, kalau tak lagi banyak cerita nak dicelotehkan. :)

     

Stanza Qalbi.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Apa makna stanza qalbi? Kenapa pilih stanza qalbi? Actually, stanza dan qalbi membawa maksud yang berlainan. Macam stanza cinta jugak. Mesti ada yang pernah tengok cerita tu kan, maklumlah lakonan hero Malaya si Aaron Aziz. Tapi stanza qalbi lagi best dari stanza cinta. Ini kerana diri saya sendiri adalah pelakon dan watak utamanya. :)

Okey, kembali kepada tajuk. Stanza bermaksud bait atau rangkap sajak, dan Qalbi pula di ambil dari perkataan Arab yang bermaksud hati. Bila digabungkan stanza qalbi, jadilah bait hati atau rangkap sajak hati. Bila hati berbicara, camtulah lebih kurangnya. Hope, tiada lagi pertanyaan tentang stanza qalbi ini. Sengaja pilih nama ini sebagai URL blog, sebab perkataan ini punya makna yang sangat tersurat dan tersirat. 




















Hidup di dunia sebagai seorang hamba dan juga pengembara yang sentiasa mengharap, mencari dan memburu redha dari Ilahi. Tak pernak kenal erti berputus asa, kerana diri ini tahu bahawa Dia sentiasa bersama dalam melalui liku-liku hidup ini. Biar hilang cinta insani, jangan hilang cinta Ilahi. Bila hilang cinta dari Ilahi, maka meranalah diri. Turn to Allah, before you return to Allah


A Servant with a big dream.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Me? A Servant with a big dream.
Hanya  seorang hamba yang perlu berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakkal untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Ya! semua orang ada harapan, impian dan cita-cita yang besar. Siapa tidak mahu berjaya di dunia ini, tapi kita kena ingat, dunia ini hanya persinggahan buat kita. Tak pasti pun sampai bila kita boleh hidup di sini, tapi alam kematian itu adalah yang pasti. Jangan terlalu asyik akan duniawi hingga terlupa akan ukhrawi yang kekal abadi.

Nak mencapai sesuatu cita-cita dan impian itu, tak semudah yang disangka. Memang banyak onak dan duri kita akan lalui. Pahit di awlanya, insyaAllah ada manis di sebaliknya. Bak kata pepatah, "mujahadah itu payah, kerana syurga itu indah". Indeed, impian setiap manusia ingin ke syurga. Tapi tak ramai yang betul-betul menuju ke jalan yang di redhai itu. Istiqamah! InsyaAllah, segalanya akan di permudahkan. DIA maha mengetahui segalanya. Yang penting setting niat harus di perbetulkan.

Hidup di dunia ini memang banyak cabaran dan dugaannya. Kita harus sabar dan tabah dalam melaluinya. Bukan senang menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Banyak tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Berdoalah agar segalanya dipermudahkan. Doa itu senjata bagi orang Mukmin. :)




Alhamdulillah, hari ini juga sudah masuk hari ke-19 kita di dalam bulan Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu pergi, Ramadhan sudah semakin mengecil dan sudah mahu berlalu pergi. Semoga masih ada lagi Ramadhan buat kita. Terasa bagai baru semalam kita melalui Ramadhan. Sayu pula hati ini ingin meninggalkannya. Bila masa begitu cepat berlalu, itu bermakna umur kita juga sudah meningkat dan kita juga semakin hampir dgn kematian.

Muhasabah diri selalu sebelum tidur. Fikir balik, kita hidup di dunia ini, destinasi arah tujuan kita adalah kematian. Kita hidup bukan selamanya, kerana dunia ini sebagai persinggahan kita sahaja. Anggaplah diri ini seorang pengembara di dunia yang memburu redha Ilahi. Istiqamah, buat sedikit-sedikit tapi biar berterusan. Ikhlaskan diri melalui hari-hari yang mendatang. InsyaAllah, all is well ~ :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...