Untuk yang bergelar "Hawa"


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

 " Ya Allah, jangan Kau jadikan tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini, mampu juga menggongcangkan iman para lelaki.

Sesungguhnya, dalam tidak sedar, wanita yang punya sifat lemah lembut yang bila dilihat hanya mampu menghayun buaian, juga bisa menggoncangkan dunia seperti Sumaiyyah. Jangan dilihat pada luaran sahaja, tapi ketahuilah hati dan imannya sangat teguh memperjuangkan Ad-din Allah. Semoga kita menjadi sepertinya yang teguh mempertahankan haknya.


























Wahai Hawa,
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
Sedarlah bahawa, kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh dan solehah.
Kau juga boleh menggegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa,
Jangan sesekali kau cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali kau goda lelaki yang bukan suamimu.
Kerana khuatir ia akan mengundang kemurkaan dan kebenciaan Allah.
Dan memberi kegembiraan pada syaitan, kerana wanita adalah umpan syaitan, alat yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan Adam.


Nauzubillah~ syaitan memang tak akan berputus asa untuk menghasut dan menyesatkan anak-anak Adam. Mohon kita dijauhkan dari semua ini. :'( Peringatan buat diri ini juga,
biarlah tangan yang menghayun buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencari Mardhatillah.


5 comments:

Michelle Hopell said...

nice one~~

untung la saya :D

bai baizura said...

peliharalah kami ya allah

BeLLa said...

nice sharing :)

Yana Sakura said...

InsyaAllah..moga kita semua berjaya mnemui Mardhatillah.. aminn :')

OnE_nIeZuKa said...

hai..saya follow awk..

ples... help me.. http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/help-me-again-bloggers.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...