Selamat Hari Lahir.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

"
Selamat Hari Lahir, May Allah Bless~


24 November 2013,
Alhamdulillah Ya Allah,

Kerana dengan izin-Mu, aku masih bernafas di bumi yang nyata ini.
Genap sudah 22 tahun aku bernafas sekali lagi dengan izin-Mu,
Terima kasih Ya Allah.

And thank you ibu for bring me out to see the real world.!
I love you so much..!
Doa dari ibu, redha dari ibu yang aku perlukan untuk terus berjaya dia dunia ini.
Terima kasih ibu dan family untuk segalanya.
Heart deep-deep.!

And bunch thanks to all yang wish dan mendoakan.
May Allah bless you too~


"






Pada usia kamu yang semakin bertambah,

Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi.

Di saat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani oleh rakan-rakan dan family.

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu pula menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan,
Tanpa mawar merah, tanpa kata-kata "iLOVEu",
Tanpa coklat, dan juga tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman-teman risau mencari,
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman-teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih mengharungi kehidupan bersendiri.


Pada usia kamu yang bertambah,
Kamu semakin kuat dalam pengharapan,
Kamu semakin teguh dalam penantian.

Bercerita keluh kesah-mu bukan pada lelaki,
Tetapi pada Ilahi,
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih hati,
Tetapi kepada Rabbi.

Pada usia kamu yang bertambah,
Kamu semakin yakin bahawa penantian adalah satu ujian,
Dan perjalanan adalah satu pengalaman.

Bersungguh dan semakin teguh dalam istikharah cinta-mu,
Menanti Dia mengutuskan seseorang,
Mengharap Dia menunjukkan jalan.


May mardhatillah always accompany by our steps~



Living for Allah, Hoping for Jannah.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Kadang-kadang,
manusia itu mudah saja melukakan.
Saat kita masih seperti yang dulu,
mulut kita masih sibuk berceloteh,
tutur kita masih kuat dan kasar begitu,
tawa kita mungkin kedengaran menyakitkan telinganya,
cara dan tingkah-laku kita mungkin masih seperti dahulu.

Sedang kita masih cuba untuk berubah.

Katanya,
tudung sudah labuh, berjubah, dan kadang berpurdah,
tapi kenapa perangai masih tak berubah.?


Allahu,
sabar,
sabar banyak-banyak,


Tudung itu memang patut dilabuhkan,
Baju itu memang patut pakai yang besar-besar.
Purdah itu, mungkin dia pakai untuk menjauhi fitnah.
kata pada hati, bukan pada dia.!

Sebab pakaian tu boleh dipakai dan dan diletak macamtu sahaja.
Bukan macam perangai, ada suis yang boleh bertukar sekelip mata.


Allahu~ :(





Tengah usahalah ni,
Tengah nak per-elok-kan lagi lah ni.!
Cakap dengan diri sendiri,
tak perlu bagitahu dia dahulu.

Mungkin kita jahil,
dulu kita banyak dosa.
Sekarang Allah nak uji kita sikit-sikit,
Nak bagi bersihkan hati,
Nak bagi kafarah dosa.

Sabarlah, sabar. :)


Jangan kerana manusia,
kita rasa lemah nak berubah.!
Jangan kerana manusia,
kita takut untuk menjadi lebih baik.!

Sedangkan matlamat kita sebenarnya redha Allah Yang Esa.
Bukan respek dan pujian dari manusia.


Ayuh sentiasa tajdid niat.!
Moga hati tidak berbolak-balik dan tidak berbelah bagi.
Moga terus istiqamah di atas perubahan yang dilakukan.

Keep calm and make do'a.
Face it with Imaan.!




Menjadi Diri-Ku.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Menjadi diri-ku.

Being yourself is the prettiest thing you can be.!

Saya tak secantik mereka.
Saya tak sebaik mereka.
Saya tak semanis mereka.
Saya tak selembut mereka.
Saya tak sesopan mereka.
Saya tak sekurus mereka.
Saya tak seputih mereka.
Saya tak sepandai mereka.
Saya tak sehebat mereka.

Tapi Alhamdulillah~
Saya bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya.
Kerana ternyata semuanya indah belaka. :)

Saya dengan kekuatan dan kelemahan saya.
Mereka pula dengan kekuatan dan kelemahan mereka.

Apa-apa jadi sekalipun,
saya tak akan pernah boleh jadi seperti mereka.
Dan mereka juga tak boleh jadi macam saya.

Allah lebih indah,
sebab ciptakan semua manusia istimewa.
Istimewa ditempat yang berbeza. :)

Biarlah pilihan dia ini, dengan dia ini.
Pilihan dia itu, dengan dia itu.
Itu pilihan dan hak mereka.

".Yang saya harap,
semoga orang itu nanti akan terima saya seadanya,
kerana saya tak akan pernah mampu jadi orang lain,
saya juga ada kekuatan dan kelemahan saya sendiri.
"





Tapi, yang penting saya tetap akan berusaha,
menjadi wanita solehah di pandangan Allah.
Saya akan sentiasa perbaiki diri saya yang lemah lagi hina ini.
Sebab Khadijah, Fatimah, Aisyah, Rabiatul Adawiyah, Asiah,
mereka itu semua srikandi idola saya. :)

Moga Allah tunjuk jalan,
bukan kerana dunia,
bukan kerana manusia,
tapi kerana Dia.!
kerana saya ingin mengejar redha dan cinta-Nya.!

Apa sahaja yang kita buat di dunia ini,
pandanglah ke Akhirat sana,
rayulah redha Allah Yang Esa.

Guide Me Ya Allah ~


Memburu Mardhatillah.

Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Memburu Mardhatillah.
memburu redha Allah, memang bukannya mudah.
Diharap kita semua terus tabah dan istiqamah.
InshaAllah~ ganjarannya Jannah.


"semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh
dalam menjalani hidup yang penuh mehnah dia akhir zaman ini.
"


"
Susahnya nak jadi permanently baik.
Susahnya nak jaga pandangan.
Susahnya nak jaga Iman.
Susahnya nak jaga penghijrahan.

Tapi,
Hakikatnya yang susah itu mahal.
Yang susah itu limited edition.

Jadi baik itu susah sebab dia mahal,
Tak semua orang mampu.
But, I keep trying to be better than yesterday.

When I think about the past me,
I was ashamed.!


Lumrah bila berubah, orang mula mengata.
Tapi, sesungguhnya mereka belum faham,
Dan mereka masih belum mengerti.
Jadi abaikan mereka.

They won't affect our change, if we're not letting them to do so.
Rasa fed-up bila orang pandang sinis konon kita ni 'bajet alim'.

Apa hal diorang semua tu.?

Macam saya cakap tadi, abaikan~
Di akhir zaman, buat baik tu dah jadi macam perkara pelik.

I kept repeating the same quote over and over again.

"Biarlah abnormal dia mata manusia, asalkan normal di mata Allah.
Biarlah nobody di mata manusia, asalkan somebody di mata Allah.
"

I'm not living to impress people, but Allah.
Don't mind what people gonna say.


"Aku bukan nak jadi ustazah, tapi aku nak jadi Muslimah.!"

Kenapa lebih senang jadi jahat.?
Jawapan. Tepuk dada, tanyalah Iman.

Orang selalu cakap,
Biar lambat asal selamat.
Tapi awak yakin ke, bila awak lambat awak akan selamat.?

Masih belum terlambat lagi kan untuk berubah.?
Ingat, pintu hidayah tak pernah tertutup, selalu terbuka.
Tapi awak akan terlambat bila ajal dah datang menjemput.

Well, it's not too late, right.?

Keep Spirit, Keep Istiqamah.!
Let's Fighting For The Best Iman and Seeking For Mardhatillah.


"


Redha, Kau Pasti Bahagia.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')






















Mencari bahagia dari redha-Nya.
Tentang luka yang masih bersisa,
Airmata yang tersembunyi,
Tentang ketawa pura-pura,
Senyuman yang jelas direka.

Kau sendiri tahu,
Terkadang matamu sendiri tak mampu menipu,
Seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
Dan senyummu yang tidak ikhlas,
Serta tawamu yang kedengaran janggal.

Aku tahu kau sedang bergelut.

Memang ianya tidak mudah,
Dan tidaklah ianya terlalu sukar.

Cuma..
Bila ianya adalah soal perasaan,
Sesuatu yang tidak kelihatan,
Maka ianya adalah tentang hal masa dan dan penerimaan.

Dan terkadang ia memang terpaksa kau jalani sendiri,
atau cuma berdua, yakni kamu dan DIA.


Sometimes Allah allows you to taste the bitterness of this world, so that you could fully appreciate the sweetness of faith. 
:)


Kerana kau memaafkan,
Kerana kau melupakan,

Kerana kau masih mendoakan,
Kerana itu kau kuat.?

Kau tahu kuat itu apa.?

Kuat itu, apabila kau menerima takdir dan ketentuan.
Tanpa kau tanya kenapa dan mengapa.
Kau redhakan segalanya.
Kerana kau tak pernah tahu rahsia Tuhan.

Ya, dengan itu aku yakin kau kuat.!

Have faith, stop worries.!
Carilah bahagia dari redha-Nya. :)



Tentang Rasa.



Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Ada banyak perkara yang ingin ditulis,

Tapi tak boleh nak taip dengan perkataan.

Rasa macam tak boleh nak susun ayat,
Tak jumpa cara dan kata-kata.

Kalau Allah izinkan saya untuk berkongsi,

Mungkin dia izinkan saya menulis disini.

Kalau Allah mahu saya simpan sendiri,

Maka jadilah ia rasa yang terbuku dihati.





InshaAllah,
Jika diizinkan oleh-Nya nanti,
suatu masa pasti akan saya coretkan kisah itu disini,

Bercerita dan berkongsi rasa dari hati. :)

Jaga diri, jaga hati, dan jaga Iman.
Allah sayangkan kamu.!


Dear Princess.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Here some words to every girls and note to myself also.

No matter where you stand, please love yourself before you love a man. Appriciate your life now.! Cover your aurah properly. Watch your words and the way you dress. It's okay, you don't have to take a drastic move. But, please Istiqamah.! A little bit by bit is enough and soon, you'll get close to Him.

And guess what.?

A real guy (your future husband) going to love you the way you are.
MashaAllah~ the sweet things ever.! :)

But sometimes, we're busy finding a perfect Romeo when we, ourselves are full with imperfection and our relationship with Allah isn't strong.

Allahu~
:(



Don't worry to much. Someday Allah will send you a good and wise man perfectly made for you. You'll find the right person, and you will learn to have a lot more confidence in yourself. That's what I think.

So, don't settle for anything less. In this world, they are things you can only do with somebody else. It's important to combine the two in just the right amount.! Sabr dear princess.


Princess, the power is in your hand.!
Think wisely, Jannah is ours.

Let's fighting for the best Iman.!



Kehidupan, Ujian, Senyuman.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

"Demi Allah aku tidak kuat.
Dan kerana Allah aku harus kuat.!"

Menyedari bahawa hidup ini adalah sememangnya sebuah lapangan ujian,
Pasti akan membuatkan hati ini sentiasa tersenyum.




















Ketika kamu merasa sedih,
Pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.

"inilah perjalanan hidupku,
Allah yang letakkan aku disini.
Semua ini perancangan Dia.
Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini

kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya.
Dan aku terima Qada' dan Qadar diriku,
Sesungguhnya setiap sesuatu itu pasti ada hikmah-Nya.
Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku"


Terkadang apabila orang mampu melihat kita ketawa,
Mereka menyangka kita sangat bahagia,
Merasai apa yang tidak mereka rasai,
Memiliki apa yang tidak mereka miliki.

Sedangkan hakikatnya tersembunyi.

Terkadang ketawa itu BUKAN kerana,
Kita lebih beruntung,
Lebih bertuah,
Atau lebih banyak memiliki.

Tetapi kerana kita tahu kita punya kemampuan menghadapi semua ini,
Kita masih punya kekuatan,
Yang Dia pinjamkan.!

Here I Am,
This is ME,
and I am STRONGER
than you ever thought I'd be.!

When I'm pretend to be strong,
No one can sees my hidden tears except Allah.


Selamat berbahagia duhai hati,
Selamat menghadapi semuanya dengan berlapang hati.

Semoga kamu memahami,
Kerana semua ini indah jika kamu mampu mengerti. :)



Sakit Itu Penawar Dosa.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Sakit itu penawar dosa

walaupun hanya luka kecil saat terkena jarum sahaja.

Bila sakit, berbaik sangkalah.
Jangan hanya mengeluh,
Ya Allah, 
susahnya,
payahnya,
sakitnya,
rumitnya,
deritanya.

Tetapi berdoalah,
Ya Allah,
Moga sakit ini menjadi kafarah,
penghapus dosa-dosa,
yang kian hari bertambah. :(



























Sakit.?
Berharaplah untuk sihat,
Tetapi jangan dipersoal mengapa dan sampai bila.!

Makan ubat, ikhtiar, usaha, dan tawakkal,
Jangan lupa untuk redha.

Allah, 
mudah-mudahan,
Dia ampunkan dosa,
Tambah iman,
Tambah sabar,
Tambah syukur dalam diri.

Sesungguhnya sakit, musibah, ujian, itu adalah kafarah dosa.

Sakit.?
Bersabarlah,
Mudah-mudahan Allah bertambah sayang.


He sends us pain,
so we can be stronger.
He sends us illness,
so we can take care of ourselves.!


Semoga tabah wahai diri,
Saat ini mungkin kamu sedang diuji.
Syafakillah~ Take care, makan ubat. :)


Mencari Bahagia Dari Redha-Nya.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Mencari bahagia dari redha-Nya.

Bagaimana Allah menciptakanmu dengan cinta,
lalu membiakan dirimu terbelenggu oleh luka.?

Andai bukan kerana beratnya ujian,
Belum tentu hati mendamba perhatian Tuhan.



Adapun Allah sengaja membiarkan dirimu mengulang-ulang doa tanpa putus asa,
Kerana doa itu lebih istimewa yang tidak tercerna oleh ayat semata-mata,
Tetapi tautan rasa dan harapan yang diterjemah bersama Iman.

Percayalah,
Kehendakmu selalu terburu-buru,
Kehendak Allah itu sentiasa tepat pada waktu.

Just because your loved ones tell you they want to be left alone, does not mean they want to be alone. Continue to show them, you care.!

Sometimes Allah allows you to taste the bitterness of this world, so that you could fully appreciate the sweetness of faith. 
:)


Dan tiada yang lebih bahagia daripada menunggu pilihan-Nya yang pasti sudah tertulis khusus buat diriku dan jua dirimu. Biar mata tidak bertemu , biar doa yang menyatu. InshaAllah~ biiznillah, pasti akan bertemu. :)

p/s :
Baru sempat nak update blog lagi. Ramadhan pula sudah mahu berlalu pergi, sedih sungguh rasa hati ini :( moga sempat ketemu lagi di lain kali. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca StanzaQalbi. Dan terima kasih kerana setia dan sudi membaca blog picisan ini. "HEART"

Nasihat Hati.

Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Pada yang sedang gembira,
Moga tak terlupa,
kepada-Nya.

Pada yang sedang sedih dan berduka,
Moga tak terlupa,
Tuhan itu Ada.

Pada yang sedang diuji,
Moga tak tersalah sangka.
Bukan Tuhan sedang membenci,
Bahkan Dia sedang menyanyangi,
Dia sedang membersihkan hambanya dari dosa.
Menambahkan darjat dan memuliakan dirimu,
Jika kamu terus bersabar.

Pada yang sedang berpura-pura ketawa,
Jangan lupa, sabar dan kekuatan adalah pinjaman percuma dari-Nya.

Dan pada yang sedang menangis di dalam hati,
Jangan lupa, Dia Maha Mengetahui.



Ketahuilah, kita semua punya duka yang sedang kita lalui, yang kita simpan, dan yang sudah ingin kita lupakan. Kita semua ada bahagian ujian yang Dia beri, mengikut kemapuan dan keupayaan kita  untuk melalui apa yang sedang kita hadapi dan yang akan kita temui nanti.

Selamat berbahagia,
Selamat menghadapi semuanya.

Semoga kau berlapang hati dan memahami.

Kerana semua ini indah jika kau mampu MENGERTI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...