Dua Puluh Empat dan Sebelas

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Terima kasih ya Allah di atas kasih sayang-Mu yang unlimited ini. Kerana kasih dan sayang ini aku masih mampu merasai nikmat hidup di dunia ini. Masih diberi peluang untuk menghiasi buku catatan amalan, insha'Allah~ semoga diri ini kuat dan terus istiqamah di jalan-Nya dalam melalui jalan yang penuh berliku ini.




Alhamdulillah~ di usia 21 tahun ini, saya sudah banyak belajar tentang erti sebuah kehidupan. Semakin dewasa, semakin membuatkan saya berfikir "apa tujuan hidup saya di atas dunia ini, dan kemana hala tujuan saya nanti" dan sesungguhnya, setiap hari saya akan muhasabah diri, seboleh mungkin nak jadi yang lebih baik dari hari ke hari. 

Syukur Ya Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Segalanya. Dia berikan ujian dan dugaan adalah untuk mentarbiah diri, dan sebagai tanda kasih sayangnya pada diri ini. Agar kita menjadi lebih matang dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang. See.! Dia mengajar kita erti kehidupan melalui ujian. Jangan mengeluh, teruskan langkahan walaupun perlahan. :)

Perjalanan hidup di atas dunia ini, sungguh bukannya mudah..! Pelbagai onak, duri dan cabaran kita kena lalui. Andai kita tidak kuat, pasti akan tersungkur di tengah jalan. Tapi bangunlah kembali, bangun dari mimpi-mimpi dan carilah realiti. Motif hidup kita di atas dunia ini adalah untuk apa dan kerana apa.

Ketahuilah, hidup di dunia ini hanya sementara, kerana akhirat itu yang kekal selamanya. Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan. Jika sudah tahu begitu, mengapa harus ada rasa penat.? Ingin meneruskan perjalanan, haruslah ada bekalan kan.? Jika diri terasa penat, mohonlah pertolongan dari-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kan. Jangan sombong untuk berdoa dan meminta pada-Nya. Kerana itulah tugas kita sebagai Hamba. :)

" Hidup ini akan terasa indahnya jika bermotifkan LillahiTa'ala  "



NotaHati | Dear ibu, thanx for everything. Ibu banyak bersabar melayan kerenah diri ini semenjak kecil lagi, hingga kini sudah 21 tahun dan sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Diri ini tidak pernah meminta hadiah yang besar dan mahal, cukuplah doa dari ibu yang mengiringi setiap langkah ini. Terima kasih ibu sebab banyak mengajar dan memberi sokongan setiap kali diri ini melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ibu adalah segala-galanya, sumber inspirasi juga buat diri saya. Seorang ibu yang hebat dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. I'm proud of you ibu.! Me heart you. *kiss and big hugs*

Million thanks juga buat sahabat semua, doa dari kalian cukup membuatkan diri ini terharu. Semoga awak semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Ilahi.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...