Semoga Terus Istiqamah


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Jika inginkan kejayaan, 
harus dimulakan dengan kekuatan,
walau menempuh pelbagai dugaan, 
usah dikuburkan segala impian,
teruskan langkahan, 
walaupun perlahan.!




Tak perlu ragu nak menuju ke arah yang lebih positif.
Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersamamu.
Terus istiqamah. jangan sesekali merasa lemah.!

Usah kerana dengan satu ujian yang Allah berikan, kau dah give upCome on, Allah Maha Mengetahui Segalanya. Dia beri ujian tanda Dia sayangkan kita, dan ujian itu sebagai pengukur bagi keimanan kita. Jangan mudah menyerah kalah.!

Bersabarlah dalam menempuh setiap dugaan dan ujian yang menimpa tatkala diri sedang berjuang di jalan-Nya. Kerana itu adalah salah satu cara sebagai penebus dosa-dosa kita yang lalu. Kuatkan diri, tabahkan hati. Bersabarlah dalam mentaati perintah Allah, kerana Dia tak kan sesekali mensia-siakan kesabaran orang-orang yang bersabar demi ketaatannya pada perintah Tuhan. :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...