A Servant with a big dream.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Me? A Servant with a big dream.
Hanya  seorang hamba yang perlu berdoa, berusaha, berikhtiar, dan bertawakkal untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Ya! semua orang ada harapan, impian dan cita-cita yang besar. Siapa tidak mahu berjaya di dunia ini, tapi kita kena ingat, dunia ini hanya persinggahan buat kita. Tak pasti pun sampai bila kita boleh hidup di sini, tapi alam kematian itu adalah yang pasti. Jangan terlalu asyik akan duniawi hingga terlupa akan ukhrawi yang kekal abadi.

Nak mencapai sesuatu cita-cita dan impian itu, tak semudah yang disangka. Memang banyak onak dan duri kita akan lalui. Pahit di awlanya, insyaAllah ada manis di sebaliknya. Bak kata pepatah, "mujahadah itu payah, kerana syurga itu indah". Indeed, impian setiap manusia ingin ke syurga. Tapi tak ramai yang betul-betul menuju ke jalan yang di redhai itu. Istiqamah! InsyaAllah, segalanya akan di permudahkan. DIA maha mengetahui segalanya. Yang penting setting niat harus di perbetulkan.

Hidup di dunia ini memang banyak cabaran dan dugaannya. Kita harus sabar dan tabah dalam melaluinya. Bukan senang menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Banyak tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Berdoalah agar segalanya dipermudahkan. Doa itu senjata bagi orang Mukmin. :)




Alhamdulillah, hari ini juga sudah masuk hari ke-19 kita di dalam bulan Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu pergi, Ramadhan sudah semakin mengecil dan sudah mahu berlalu pergi. Semoga masih ada lagi Ramadhan buat kita. Terasa bagai baru semalam kita melalui Ramadhan. Sayu pula hati ini ingin meninggalkannya. Bila masa begitu cepat berlalu, itu bermakna umur kita juga sudah meningkat dan kita juga semakin hampir dgn kematian.

Muhasabah diri selalu sebelum tidur. Fikir balik, kita hidup di dunia ini, destinasi arah tujuan kita adalah kematian. Kita hidup bukan selamanya, kerana dunia ini sebagai persinggahan kita sahaja. Anggaplah diri ini seorang pengembara di dunia yang memburu redha Ilahi. Istiqamah, buat sedikit-sedikit tapi biar berterusan. Ikhlaskan diri melalui hari-hari yang mendatang. InsyaAllah, all is well ~ :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...