Eid-Mubarak 1433h.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu Syawal 1433h. Sekarang sudah masuk minggu ke-2 kita berada di bulan Syawal. As usual, bila tibanya 1 Syawal, anak-anak di perantauan berpusu-pusu mahu pulang ke kampung halaman. Termasuk saya dah keluarga juga, hari terakhir berpuasa memang sangat tak sabar untuk pulang ke kampung. Kami kan anak merantau. Dah macam ape jew, eksaited sangat rasanya. Maklumlah setahun sekali je kan dapat rasa suasana begitu. Memang lah jadi terover eksaited. Jom terjah ceritera raya saya yang tak seseronok awak semua, tapi sangat indah buat saya. :)

Ceritera Raya Pertama :
    Sudah 2 tahun raya pertama kami di Pahang. Seperti biasa, selepas sembahyang raya kami akan menziarahi pusara ayahanda tercinta. Selesai selesai sembahyang raya, menziarahi dan membaca Yassin di pusara, mulalah sibuk melayan tetamu di rumah pula. Actually, kami beraya di Pahang hanya sehari je, so raya pertama memang ramailah rakan-rakan ibu dan arwah ayah yang akan datang. Dan saya punya turn melayan tetamu opkoz la sampai tengahari je, sebab nak pergi beraya bersama sahabat-sahabat pula. Jadinye lepas zohor je, terus hilang. hee~ Pergi beraya rumah mereka sambil berukhwah. Bila dah setahun sekali je jumpa, memang banyak cerita yang nak di-story-kan. Kalau boleh, tak nak masa cepat berlalu. Nak peluk-peluk dan cium diorang puas-puas. Serius, sangat rindu pada teman seperjuangan zaman sekolah dahulu. Sebab tu bila dah jumpa, rasa macam tak nak balik. Dah la susah nak jumpe, tapi tak mengape. InshaaAllah, biiznillah~ panjang umur kita jumpa lagi ye. Sahabat till Jannah, inshaaAllah. 

Ceritera Raya Kedua :
    Seperti biasa juga, raya kedua kami pastinya sudah berada di rumah nenek di Perak. Di situlah tempat arwah ayah dan ibu membesar, memang wajib setiap tahun kami akan pulang ke sana melawat sanak saudara. Semuanya akan gunakan keyword "setahun sekali". Bila dah pulang ke kampung, suasana lagi meriah la kan. Beraya di kampung lagi seronok, dengan sanak saudara yang kecik-kecik bising membuat onar. Semua buat hal masing-masing. Tapi yang paling seronok, bila nak pegi beraya rumah adik-beradik arwah atok dan nenek, mesti kami berkonvoi ikut family masing-masing! The best moment every raya. Alhamdulillah, bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat rapat dan erat ukhwahnya. Petang raya kedua mula berkonvoi ke rumah maksu dan paklong di Lumut dahulu. Sebab rumah mereka paling dekat dengan rumah nenek dan senang untuk diterjah. Ragam anak buah, belum sampai lagi dah pesan pelbagai makanan. Seronok, sebab masa tu lah nak makan yang sedap-sedap. :D

Ceritera Raya Ketiga dan Keempat :
     
Raya ketiga sambung beraya lagi di rumah maklang dan makjang di Ipoh. Waktu beginilah ukhwah yang dibina dapat lebih dieratkan lagi ikatannya. Dan bila dah sampai Ipoh, memang merata la kami berjalan, sepupu ramai yang sebaya, so apa lagi, ikut lah diorang beraya. Boleh kenal dengan rakan-rakan mereka juga kan. Berkongsi cerita, tak kering gusi lah bak kate orang bila berceloteh. Hidup ni kan jangan menyombong. Orang sombong selalu rugi. Yang tak sombong siap dapat duit raya lagi. hee~ Jadinya, masa raya ni lah nak tunjukkan ramah-mesra kita nieh, tapi biarlah berpada-pada.

Ceritera Raya Kelima dan Keenam :
      Tetiba Angah bagi cadangan untuk bercuti ke sebuah pulau. Haa~ apa lagi, makin bertambah eksaited la satu family sebab nak pergi bercuti pulak kan, walhal penat beraya yang sebelum tu pun tak abis lagi, dah kene explore ke pulau pulak. Kami memang pantang bab-bab berjalan dan bercuti ni. Kalau tengah letih pun, terus hilang letih tu. Sebab dah dapat bayangkan macamane tempat tu nanti. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kami jadi orang pulau selama 2 hari. Ya Allah, seronok sangat rasanya. Dapat menikmati suasana alam ciptaan Tuhan ini. Subhanallah, memang cantik tak terkata. Nak letak gambar, memang banyak sangat. Tapi inshaaAllah, di akhir entri ini saya akan selitkan satu atau dua gambar untuk pencuci mata awak semua. :)

Ceritera Raya Ketujuh :
         Tibalah masa untuk kami berangkat pulang setelah seminggu menghabiskan sisa-sisa baki raya di kampung. Allahurabbi, masa tu Tuhan je tahu betapa sukarnya kaki nak melangkah pulang ke rumah. Sebab bila dah pulang ke rumah, kerja harian haruslah berjalan seperti biasa. Time tu dah mula terbayang akan merindui suasana kampung dan sanak-saudara semua. Haa~ camane tu, belum sampai rumah lagi dah rindu kan. Rindu nak berkumpul 1 keluarga besar. Maklumlah bila di rumah, saya hanya tinggal bersama ibu je. Bila pulang ke kampung suasana jadi lain, riuh rendah yang amat! Serius sekarang pun rindu susana tu, dapat tengok gambar pun jadilah. Memori terindah dan dijadikan sebagai kenangan paling manis di dalam hidup ini. Bahagia bersama keluarga tercinta! Terima kasih Ya Allah. 







# Bagaimana pula dengan raya awak semua? Mesti lagi seronok dan meriah kan. Hari raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa. Dan, bulan Syawal juga kita boleh reward pahala lagi dengan berpuasa 6. Haa~ jom sama-sama puasa 6, nanti boleh lah raya untuk kali kedua pula. Terima kasih kerana awak semua sudi baca entri yang panjang lagi berjela ini. Isi pun sudah diringkaskan, kalau tak lagi banyak cerita nak dicelotehkan. :)

     

3 comments:

Unknown said...

wahhh meriahnya raya awak :)

Unknown said...

selamat hari raya ^_^

FiZah :D said...

smoga stanzaqalbi sentiasa berbhagia di smping famili tersyg...aminn~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...