Menjadi Diri-Ku.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Menjadi diri-ku.

Being yourself is the prettiest thing you can be.!

Saya tak secantik mereka.
Saya tak sebaik mereka.
Saya tak semanis mereka.
Saya tak selembut mereka.
Saya tak sesopan mereka.
Saya tak sekurus mereka.
Saya tak seputih mereka.
Saya tak sepandai mereka.
Saya tak sehebat mereka.

Tapi Alhamdulillah~
Saya bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya.
Kerana ternyata semuanya indah belaka. :)

Saya dengan kekuatan dan kelemahan saya.
Mereka pula dengan kekuatan dan kelemahan mereka.

Apa-apa jadi sekalipun,
saya tak akan pernah boleh jadi seperti mereka.
Dan mereka juga tak boleh jadi macam saya.

Allah lebih indah,
sebab ciptakan semua manusia istimewa.
Istimewa ditempat yang berbeza. :)

Biarlah pilihan dia ini, dengan dia ini.
Pilihan dia itu, dengan dia itu.
Itu pilihan dan hak mereka.

".Yang saya harap,
semoga orang itu nanti akan terima saya seadanya,
kerana saya tak akan pernah mampu jadi orang lain,
saya juga ada kekuatan dan kelemahan saya sendiri.
"





Tapi, yang penting saya tetap akan berusaha,
menjadi wanita solehah di pandangan Allah.
Saya akan sentiasa perbaiki diri saya yang lemah lagi hina ini.
Sebab Khadijah, Fatimah, Aisyah, Rabiatul Adawiyah, Asiah,
mereka itu semua srikandi idola saya. :)

Moga Allah tunjuk jalan,
bukan kerana dunia,
bukan kerana manusia,
tapi kerana Dia.!
kerana saya ingin mengejar redha dan cinta-Nya.!

Apa sahaja yang kita buat di dunia ini,
pandanglah ke Akhirat sana,
rayulah redha Allah Yang Esa.

Guide Me Ya Allah ~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...