Tetapkan Hatimu, Teruskan Hidupmu

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

"Cinta pada manusia, pasti ada kecewa.
Cintakan Allah, pasti bahagia selamanya."


Wahai ukhti Muslimah
.!
Terkadang, lelaki itu satu ujian buat wanita yang bertekad untuk berhijrah ke jalan Allah. Kerana itu, tetapkanlah hatimu daripada tunduk dengan lelaki yang hanya sukakan kamu kerana dunia, dan bukan kerana Allah.

Ingatlah sahabat, lelaki yang bertaqwa tidak akan sesekali menjadi punca engkau hilang keimananmu pada Al-Khaliq. Maka jika kau kecewa kerana cintanya seorang lelaki, oleh kerana dia berdusta, atau kerana dia memungkiri janji, maka kau teruskanlah hidupmu tanpa lelaki yang hanya cintakan fatamorgana. Kerana dia insan yang suka memijak-mijak maruah dan harga dirimu. Ketahuilah wahai sahabat, bahawa dirimu sungguh berharga.!

Jarak antara kamu dan dia bukan untuk memisahkan. Terpisah sementara untuk pengakhiran yang bahagia selamanya. Allah menjarakkan kamu dan dia untuk masing-masing memperbaiki diri menjadi baik, dan juga untuk mengurangkan dosa. 



Janganlah engkau berduka dan menangis kerana kehilangannya. Kembalilah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.!

Jom bercinta dengan Allah..! 

InshaAllah~ pasti kau tak kan bertemu dengan perkataan kecewa itu. :')



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...