Redha, Kau Pasti Bahagia.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')






















Mencari bahagia dari redha-Nya.
Tentang luka yang masih bersisa,
Airmata yang tersembunyi,
Tentang ketawa pura-pura,
Senyuman yang jelas direka.

Kau sendiri tahu,
Terkadang matamu sendiri tak mampu menipu,
Seperti hatimu yang tak selalu kuat bertahan,
Dan senyummu yang tidak ikhlas,
Serta tawamu yang kedengaran janggal.

Aku tahu kau sedang bergelut.

Memang ianya tidak mudah,
Dan tidaklah ianya terlalu sukar.

Cuma..
Bila ianya adalah soal perasaan,
Sesuatu yang tidak kelihatan,
Maka ianya adalah tentang hal masa dan dan penerimaan.

Dan terkadang ia memang terpaksa kau jalani sendiri,
atau cuma berdua, yakni kamu dan DIA.


Sometimes Allah allows you to taste the bitterness of this world, so that you could fully appreciate the sweetness of faith. 
:)


Kerana kau memaafkan,
Kerana kau melupakan,

Kerana kau masih mendoakan,
Kerana itu kau kuat.?

Kau tahu kuat itu apa.?

Kuat itu, apabila kau menerima takdir dan ketentuan.
Tanpa kau tanya kenapa dan mengapa.
Kau redhakan segalanya.
Kerana kau tak pernah tahu rahsia Tuhan.

Ya, dengan itu aku yakin kau kuat.!

Have faith, stop worries.!
Carilah bahagia dari redha-Nya. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...