Cinta, Kita, dan Alam Maya.



Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Cinta, Kita, dan Alam Maya. Siapa 'kita'.? Tentulah awak, dia, dan saya. Tak kira lelaki mahupun wanita. Sedarkah kita bahawa facebook, phone, twitter, dan segala laman sosial yang ada di internet ini semua, dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para Muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda-goda kucing jantan untuk mengawan. Wanita yang berpurdah kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah, di facebook mahupun di laman sosial lain untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram. Bukankah malu itu sebahagian dari Iman.? Dan mereka juga tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu juga inbox lelaki itu dan sebagainya lagi. Nauzubillah~ :(



Hari ini, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan Syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone, yakni mereka bercouple.
 Kemudian Syeikh memberi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.

Syeikh: Kamu suka dia.?
Fulan: Ya Syeikh.

Syeikh: Kamu suka tu suka-suka, atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, dan menjadi pembantu agamamu.?
Fulan: Ya Syeikh. Pada pandangan saya dia adalah yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya.

Syeikh: Bila kamu akan menikahinya.?
Fulan: Lepas belajar Syeikh. Dalam 3 tahun lagi.

Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia.? Kamu bukan nak menikah sekarang.? Kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang.? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab.? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu.? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah. Kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci. Bukankah cara itu lebih suci.?

Wanita umpama air mutlak, mereka suci
. Tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya  digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis, dan sebagainya. Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu.?

Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya
, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita, bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap
 dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina.! Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini. sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia.?

Allahu Allah. semoga kita semua terpelihara dari semua itu. Seronok dunia hanya sementara, bahagia akhirat kekal selamanya. Wanita, dirimu sungguh berharga. Pilihlah, mahu bahagia dan seronok sementara atau selamanya.? Tepuk dada, tanyalah Iman yang masih bersisa.!

Lihatlah keindahan cinta itu dari niat, bukan lafaz. Kerana lafaz seringkali dimaniskan untuk menyembunyikan niat.

# K
isah ini saya ambil dari sebuah page di Facebook dan hanya ingin dikongsikan bersama awak semua. Peringatan buat diri saya juga. InshaAllah~ semoga terkesan pada sesiapa sahaja yang membacanya.


1 comment:

Happy Mind said...

hihi...setuju.
tapi ramai yang tak sependapat dengan yang ini. tapi girl. i stand by you...

-Cik Soleh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...