Hati Kita Allah Yang Punya.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hati kita Allah yang punya. Hati kita Allah yang jaga.

Ya Muqallib al-Qulub, Thabit Qalbi 'ala Deenik.
Maksudnya: Wahai Tuhan Yang membolak-balikan hati, 

tetapkan hatiku di atas agama-Mu.



Tak perlu hairan pada orang yang dahulunya memakai skirt pendek, dan sekarang dia boleh memakai purdah dan jubah. Tak perlu hairan pada orang yang dahulunya bertudung labuh, dan sekarang boleh pakai skirt pendek dan free hair.! Nauzubillah~ semoga perubahan kita sentiasa ke arah kebaikan, dan bukan kejahilan.


Percayalah, Allah Ta'ala yang memegang hati manusia. Dia kalau nak membolak-balikkan hati kita ini, sekejap sahaja. Purdah yang kita pakai itu, sekelip mata juga boleh tanggal semula, dengan rasa ada ujub di dalam diri sendiri. Dan skirt pendek serta baju ketat-ketat yang dipakai itu pula, boleh sekelip mata boleh diganti dengan pakaian yang longgar dan labuh serta menutup aurat.

Sebab itu apabila kita berada di atas, jangan pernah hina mereka yang di bawah. Dan apabila kita berada di bawah, jangan pula hina mereka yang mendapat hidayah.


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia."

Biarpun perubahan ke arah kebaikan itu amat menyakitkan dan memeritkan, umpama menelan bara api. namun bersabarlah dan yakin bahawa yang pahit itu adalah ubat yang akan menyembuhkan. Dan akhirnya, pasti ada manis yang akan dikecapi.

Usahakanlah perubahan kepada kebaikan, dan bukan kejahilan.
Semoga terus istiqamah.! Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah. :)




1 comment:

Anonymous said...

Thanks very much..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...