Peperiksaan, Exam, Imtihan.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Study week, adalah minggu-minggu terakhir bagi sesiapa yang bergelar pelajar untuk menghabiskan sisa-sisa ulangkaji pelajaran, yakni apa yang mereka telah belajar selama 1 semester, sebelum menghadapi peperiksaan akhir, final exam, atau imtihan. Ketiga-tiga membawa maksud yang sama, bahasa saja yang berbeza. :)

Ketika inilah kita akan diuji, sama ada kita makin dekat dengan Allah, atau semakin jauh kita dari-Nya. Sama ada kita bertuhankan Allah Yang Satu, atau bertuhankan nota dan buku-buku. Nauzubillah~

"Ya Allah, kau tetapkanlah hati-hati ini dan rakan-rakanku yang lain agar mengingati-Mu setiap masa, dan sentiasa menggantungkan sepenuh pengharapan hanya pada-Mu. Aamiin Allahumma Aamiin~"

Doa Dipermudahkan segala urusan.

ربي يسر ولا تعسر , ربي تمم بالخي
"Rabbi Yassir Wa La Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khair."

InshaAllah~ cubalah amalkan. :)
























Salam Imtihan juga buat sahabat Bachelor in International Business (Hons) MSU dan sahabat-sahabat lain, yang bakal atau sudah pun menduduki final exam.! Selamat bermujahadah di dalam peperiksaan. Bittaufiq Wannajah .

"Man Jadda Wajada, Wa Man Zaro'a Hasada." 
Siapa berusaha pasti berjaya. Sesudah berusaha, serahkan segalanya kepada Allah. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang buat kita. Kita pasti akan berusaha dengan sebaiknya. Dan bila kita sudah berjaya, jangan lupa bersyukur. Begitu juga sekiranya kita gagal, maka bersyukurlah. Kerana setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. InshaAllah~ jika betul niat kita dalam mencari ilmu, Allah pasti akan membantu.! :)

Why worry, when you can pray..?
Allah always beside you, and He loves you more than anyone does
..!

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan
.
InshaAllah~ Gambate.!



1 comment:

Cikgu Sharifah Hawa said...

Salam..minta nk share ek..mekasih..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...