The Adam Syakir.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')
 

Entri ini sudah hampir 4 hari berada di dalam draft. Banyak sekali yang inginku ceritakan. Entri kali ini agak panjang, sudah cuba aku singkatkan, tapi inilah hasil yang aku dapat. Sengaja mahu berkongsi rasa bahagia bersama kalian semua. Mungin tiada siapa yang mahu baca, tidak mengapa, biar menjadi bahan bacaanku sendiri, dikala ingin mengimbas kenangan lalu. Dan kepada yang sudi baca, terima kasih diucapkan. Siapa dia.? Dia seseorang yang sangat aku sayang. Setiap hari ingin bersama, bila berjauhan walau seketika, perasaan rindu pasti membuak-buak.

Ya, dia seorang Adam Syakir. Bayi yang dilahirkan di Hospital Al-Islam Kg. Baru pada 08 November 2012, jam 5.45 am. Selepas Adam Syakir lahir ke dunia, azan Subuh pun berkumandang. 
Subhanallah~ kuasa Allah. Bagai sudah diatur dan dirancang, Dia memang Maha Mengetahui Segalanya. Adam Syakir dilahirkan cukup sempurna, comel, berambut lebat, putih bersih, dan baik sekali, dengan timbangan seberat 3.2kgsehingga nurse dan doktor yang merawatnya pun cakap Adam baik sangat tak menangis dan tak banyak ragam.

Allah.! Sewaktu dapat berita dari ibu yang Adam sudah lahir, macam-macam perasaan yang terlintas. Wah.! dah macam saya pula yang melahirkan. Kakak doakan Adam jadi anak yang soleh dan mendengar kata. Walau siapapun Adam, kami akan jaga Adam dengan sempurna, tanpa ada rasa kasih yang berbelah bagi. Sewaktu Adam dilahirkan, ibulah orang yang paling tak senang duduk. Kakak pun tumpang sibuk sekali untuk buat persediaan Adam. Macam-macam kakak belikan untuk Adam, pantang tengok barang-barang baby, mesti teruja. :)




Semua kerana Adam Syakir. Selepas 2 hari di hospital, kami dibenarkan membawa Adam pulang ke rumah. Kami sekeluarga menyambut Adam dengan gembira sekali. Dan sehinggalah hari ke-4 Adam dibawa pulang, kena buat check up lanjutan pula di klinik biasa, dan Adam disahkan kena "demam kuning". Haa~ time ni, semua orang dah risau, sebab Adam special. Macamana kalau Adam kena tahan di hospital nanti.? Pasti pelbagai soalan akan dipersoalkan. Tapi, Alhamdulillah~ Allah permudahkan segalanya. Doktor pun tak banyak soal mengenai status Adam.


Tinggallah Adam di hospital selama 3 hari. Sebelum ibu tinggal Adam dalam tiub kaca tu, ibu siap pesan dengan Adam, "Adam kena duduk sini baik-baik, jangan menangis, sebab nanti Adam lambat sihat." Dan bagai memahami, sewaktu nurse mengambil Adam dan menanggalkan semua pakaian Adam untuk diletakkan di dalam tiub itu, Adam diam je. Bagus adik kakak, mendengar kata. Nurse tu pun siap nak main-main lagi dengan Adam. Baiknya Adam, tapi biasalah masih baby, bila nak susu je Adam menangis. Tapi tak mengapa, semua orang sayang Adam. Tiada siapa sanggup lihat Adam menangis. Dan kakak lagi tak sanggup nak tengok Adam, sewaktu Adam kena duduk dalam tiub kaca tu. Allah~ rasa sedih sangat melihat Adam dicucuk dan tiub-tiub berselirat di badan Adam. Tidak sampai hati mahu melihatnya.





















 

Tak mengapa, janji Adam sihat kan sayang. Sewaktu Adam dibenarkan keluar, kami diduga dengan sedikit ujian, ibu pula sudah semacam give up kerana Adam tidak dapat dikeluarkan dari hospital selagi tidak dapat kad pengenalan sebenar ibu kandung Adam, walhal sudah kami tunjukkan surat dari doktor tempat Adam dilahirkan, puas kami yakinkan doktor tentang itu. Alhamdulillah~ sekali lagi Allah permudahkan segalanya. Adam sihat, dan semakin sihat. Ibu orang yang paling banyak berkorban untuk Adam. Sanggup tidak tidur malam menjaga Adam, membuatkan susu Adam, kerana Adam 100% bergantung dengan susu botol. Dah semestinya, kami sekeluarga inginkan yang terbaik buat Adam.

Selepas seminggu, tibalah masa untuk mendaftarkan kelahiran Adam di Jabatan Pendaftaran Negara. Nak memudahkan urusan pendaftaran MyKid Adam, kami terus ke Putrajaya. Orang kata berurusan di sana lebih mudah. Ya, memang sangat mudah, hanya beberapa jam sahaja menanti, MyKid Adam telah pun siap, dan pegawai di sana memberi tunjuk ajar bagaimana ingin mendaftarkan anak angkat dengan cara yang betul. Alhamdulillah~ Allah permudahkan segalanya. Bila niat kita baik, Allah akan bantu. InshaAllah~ Begitulah yang kami rasa tatkala ingin berurusan perihal Adam.


Genap sebulan Adam dilahirkan, ibu membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk Adam. Hari itu juga, ibu buat sekali majlis cukur jambul untuk Adam. See.! Adam dah botak. Bulat je kepala, kakak takut nak pegang kepala Adam, lembut sangat. Ya Allah, comel sangat rasanya. Bau Adam selepas mandi paling kakak suka. Orang kata, bau bayi ni adalah bau dari Syurga, sebab tu wangi je. Dah cium sekali, mesti rase nak cium lagi. Kadang-kadang kakak gomol Adam sampai Adam menangis. Lepas tu, sumbat je puting, Adam pasti diam. :)



 


































Adam yang baik, comel, dan cerdik, kakak doakan Adam membesar dengan sihat dan semoga jadi anak yang soleh.! Kakak sentiasa doakan yang baik-baik saja untuk Adam. Kalau boleh biarlah Adam dengan kami sampai bila-bila. Kakak takut sangat kehilangan Adam, kakak ada Adam sorang je sebagai adik kakak. Ibu, kakak dan famili yang lain akan jaga Adam dengan sebaik mungkin. Kami semua sayang Adam macam darah daging kami sendiri. Bahagia tatkala melihat Adam tersenyum. Rasa macam berbaloi segala pengorbanan yang telah dilakukan. Hanya Allah yang tahu rasa itu.

Bak kata ibu, melihat keletah dan melayan kerenah Adam sungguh membahagiakan. Hilang segala rasa penat dan letih. Walau terkadang Adam menangis di tengah malam kerana lampinnya basah, ibu tetap sabar melayan. Lihatlah, betapa kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Setia menjaga mereka dari kecil sehingga dewasa. Pengorbanan ibu memang tak terbalas dengan ucapan kata-kata. Walau sepenat mana pun ibu, dia tidak pernah merasa Adam menyusahkan, malah menjadi peneman di kala sunyi dan penghibur hati padanya. Adam dah jadi buah hati ibu sekarang. :)



#
Anak sebesar ini masih tidak mengerti apa-apa. Masih tidak kenal erti dunia yang sebenar. Mereka hanya perlukan perlindungan dan kasih sayang dari seorang ibu dan ayah, dan juga sebuah keluarga untuk mereka terus membesar dengan sempurna. Anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Jika
ibu  dan ayah sendiri tidak mahu akan mereka, pada siapa lagi mereka mahu bergantung kasih dan sayang.?

Allahurabbi.! Sedih dengan dunia sekarang, mendengar berita tentang pengguguran bayi, penderaan anak-anak kecil, pembuangan bayi yang baru lahir. Tidah tahu di mana letaknya sikap perikemanusiaan mereka sebagai seorang manusia yang Allah kurniakan akal dan fikiran. Bayi yang baru lahir ibarat kain putih. Kita yang mencorakkannya. Biarlah coraknya itu secantik namanya dan seindah kejadiannya.

AKAN KAMI JAGA DENGAN SEBAIK MUNGKIN AMANAH INI. TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KURNIAKAN ADAM SYAKIR KEPADA KAMI SEKELUARGA .



6 comments:

Anonymous said...

Adam! Iloveyou as well ! :*

CikPelangiSenja™ said...

baby siapa sebenarnye ? kurang memahami ~~

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

semoga adam menjadi anak yg soleh kak! adam cepat2 membesar! :)

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

semoga adam menjadi anak yg soleh! amin

Sha-na.Szied said...

awak kenal x emak dia..?
emak saya pon amek baby macam ni, ada orang bagi.. comel macma ni jugak :)

Stanza Qalbi said...

@Sha-na.Szied : kenal mak dia.. sebab dari usia kandungan 6 bulan lagi kami memang dah follow up perkembangan baby nieh.. Alhamdulillah, sekarang dan nak masuk 5bulan pun.. adik awk dah berapap umur dia..? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...