Hikmah Bertudung Labuh.

Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hikmah Bertudung Labuh. Tudung ini bukan sekadar menutupi, tetapi melindungi. Juga sering mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri, kerana akhlak itu bunga diri. Jangan kau sangka labuhnya tudungku, tanda alimnya diriku. Kerana aku juga sepertimu, masih tercari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.



“Awak ambik kos Pendidikan Islam.??”


“Tak. :)”

“Habis tu.?? Aaaa~ mesti ambik kos Bahasa Arab atau Syariah kan.”

“Tidak juga, saya study kos International Business. :)”

“Saya ingatkan Ustazah tadi.”


Hmm~ soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh. Asal tudung labuh je ingat Ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan Agama.

Haishh~ saya bukan Ustazah, bukan juga anak Ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang Muslimah.! Iye, betul biasanya Ustazah yang pakai tudung labuh. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh.?

Sebagaimana firman-Nya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh, sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dah tu kenapa bertudung labuh.?"

Awak, Islam menyarankan Muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri boleh mendidik si pemakainya. :)

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu.?”

Boleh dikatakan begitu. Cuba awak bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco.? Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu. Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak. Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena histeria. Kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai. Nauzubillah~

Bila berjalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih. Paling tidak pun mereka bagi salam.

“Assalamualaikum Ustazah. Tak jawab dosa taw.”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki akan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya.

Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.


“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya.?”

“Sebab saya tengok awak alim je.”

“Kenapa.?? Sebab saya pakai tudung labuh.??"


Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada boleh la kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati.

Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah~ :)

**
Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah~ Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT. Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Let's fighting for the best Iman.!



2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat .. tahniah dgn perubahan mulia ini ... dan takziah juga ana ucapkan .. kerana disaat ni lah seringkali kekuatan & keimanan kita diuji oleh yang Maha Memberi Ujian ... semoga enti senantiasa kuat dlm Mujahadah Indah ini ... Langkah kita sama .. cuma mungkin likunya yg berbeza .. apa pun, barakallahu fiki .. mabruk 'alaik! :) ;)

CikPelangiSenja™ said...

HIKMAH ! worth it ;) InshaALLAH one day. mohon doa anda ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...