Perubahan kepada Kebaikan.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Tidak salah jika seseorang itu ingin berubah. Perubahan kepada kebaikan, jangan pula kita perlekehkan. Janganlah sesekali memandang rendah atau menghinanya sekiranya dia ingin berubah. Doakan dia semoga terus istiqamah di jalan yang di redhai.

Kepada awak yang ingin berubah, buatlah apapun selagi mana ia tidak terbatas dalam larangan Islam. Setiap panduan telah tertulis dengan lengkap di dalam al-Quran dan Hadith termasuklah dari segi pemakaian, akhlak pergaulan, dan juga tingkah laku. Selebihnya, terpulang pada diri kita untuk mengikutnya.

Namun janganlah kita terlampau taksub dengan agama sehingga melupakan hal-hal duniawi. Letakkan dunia di tangan, dan akhirat pula di hati. Cuba seimbangkan antara kedua-duanya agar kita perolehi keberkatan di dunia dan juga di akhirat sana.

Jangan rasa diri terhina tatkala melakukan kebaikan. Meskipun dicaci, anggaplah ia sebagai satu dugaan. Selagi mana diri kita ikhlas melakukan kebaikanInshaAllah~ kita akan dapat ganjarannya nanti. Melainkan apa kita lakukan salah, terimalah teguran dengan hati terbuka. :)



Bila hidayah Allah datang menyapa,Tiada siapa mampu menolaknya. "
berubah ke arah yang lebih baik, itulah yang terbaik
              Jom berhijrah.! Semoga terus istiqamah .



1 comment:

Ana Fatihah said...

Memang perubahan itu tidak mudah.Orang sekeliling mungkin akan mengata.Tapi,ingatlah Allah itu sentiasa dgn hambaNya.. :')
Keep ur trust in Allah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...