Hati Kita Allah Yang Punya.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hati kita Allah yang punya. Hati kita Allah yang jaga.

Ya Muqallib al-Qulub, Thabit Qalbi 'ala Deenik.
Maksudnya: Wahai Tuhan Yang membolak-balikan hati, 

tetapkan hatiku di atas agama-Mu.



Tak perlu hairan pada orang yang dahulunya memakai skirt pendek, dan sekarang dia boleh memakai purdah dan jubah. Tak perlu hairan pada orang yang dahulunya bertudung labuh, dan sekarang boleh pakai skirt pendek dan free hair.! Nauzubillah~ semoga perubahan kita sentiasa ke arah kebaikan, dan bukan kejahilan.


Percayalah, Allah Ta'ala yang memegang hati manusia. Dia kalau nak membolak-balikkan hati kita ini, sekejap sahaja. Purdah yang kita pakai itu, sekelip mata juga boleh tanggal semula, dengan rasa ada ujub di dalam diri sendiri. Dan skirt pendek serta baju ketat-ketat yang dipakai itu pula, boleh sekelip mata boleh diganti dengan pakaian yang longgar dan labuh serta menutup aurat.

Sebab itu apabila kita berada di atas, jangan pernah hina mereka yang di bawah. Dan apabila kita berada di bawah, jangan pula hina mereka yang mendapat hidayah.


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia."

Biarpun perubahan ke arah kebaikan itu amat menyakitkan dan memeritkan, umpama menelan bara api. namun bersabarlah dan yakin bahawa yang pahit itu adalah ubat yang akan menyembuhkan. Dan akhirnya, pasti ada manis yang akan dikecapi.

Usahakanlah perubahan kepada kebaikan, dan bukan kejahilan.
Semoga terus istiqamah.! Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah. :)




Warkah Cinta.


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Dear zauji to be, this special warkah cinta for you. Even i'm still do not know the other half of me, but please take care of yourself, wherever you are right now. Here, i'm still trying my best taking a good care of myself too, InshaAllah~ 





Do remember always His promise to us in Surah An-Nuur 26
"Wanita baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki baik untuk wanita yang baik". 

May Allah bless us always. Till Allah let us meet one day soon, I wanna be your bidadari in Paradise, Aamiin~ InshaAllah~

There is something from me that will always with you, "Doa Saya". :)


Al-Quran Sebagai Panduan.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Al-Quran sebagai panduan hidup kita sebagai seorang Muslim. Al-Quran dapat melembutkan hati yang keras, dan dapat menyembuhkan hati yang sedang berduka. Hanya dengan mengingati Allah, ketenangan itu ada. Dan ini ada sebahagian yang ingin dikongsikan.



















KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut : ayat-2,3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (Surah Al-Baqarah : ayat-216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat-286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " (Surah Al-Imran : ayat-139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk " (Surah Al-Baqarah : ayat-45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah At-Taubah : ayat-111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : ayat-129)


KITA BERKATA :
AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERTAHAN!!
QURAN MENJAWAB: ".. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. " (Surah Yusuf : ayat-12)

# Ketika kamu bertanya mengapa kamu diuji, ketahuilah saat itu Allah sentiasa di sisi. Dia uji tanda Dia sayang, Dia tidak mahu kamu terus-menerus bergelumang dengan bahagia dunia yang hanya sementara. Persoalan kenapa harus kamu yang diuji, ketahuilah jawapan-jawapannya semua sudah tertulis di dalam al-Quran.

Jom tadabbur ayat-ayat cinta Ilahi
.! 


Read Quran, recharge your Iman.! 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ♥.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...