La Takhaf Wa La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')



Sambutlah cinta Allah yang dicurahkan kepada hamba-Nya. 
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian. 
Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan. 
Tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan. 

Tunjangkanlah resahmu di dada solat. Himpunkanlah peritmu di genggaman doa. Tutuplah kekecewaanmu dengan ketaqwaan. Dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati. 

Bila sedih, sandarkan kesedihan pada Allah. Dia akan hapuskan airmata.
Bila merintih, hamparkan  rintihan pada Allah. Dia tak pernah jemu mendengar.
Bila berduka, bentangkan kedukaan pada Allah. Dia takkan keberatan memulihkan.
Bila terasa serba tidak kena, serahkan segala urusan pada Allah. Kerana Dia sebaik-baik perancang dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita.


Keep calm and smile~ Allah loves you.!
:')




1 comment:

ANISRAHIM said...

Kadang2, bila akak bz, akak mmg lupe, tp bile akak rase akak jauh, akak mintak pd Allah dekatkan diri akak dgn-Nya dgn segera sedangkan, waktu bz akak, jarang ingat Dia. MasyaAllah.

Masa akak rasa rezeki akak kurang, akak mohon pada dia agar murahkan rezki akak dgn cepat, sedangkan bile Dia melimpahkan rezki yg byk pd akak, akak lalai. Moga akak akan berubah menjadi lebih baik dan moga sentiasa berada dijalan-Nya. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...