Jom Berubah.!


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Permulaan untuk berubah adalah dengan mencari ilmu. Zahirkan cinta kepada Allah, untuk tunjukkan kita benar-benar berubah, kita perlu menzahirkannya melalui pakaian. Kerana orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita menzahirkan siapa kita, iaitu sebagai wanita Muslim.
























Allah ciptakan wanita memang cantik dan indah sekali. Don't forget to say Alhamdulillah~ Dan seindah-indah perhiasan di dunia ini adalah wanita solehah. Haa.! Nak jadi solehah, bukan kira ustazah mahupun pendakwah. Kita semua mampu berubah. Insha'Allah~

Yes.! Cantik dan indah di pandangan itu adalah subjektif dan berbeza-beza pandangan mereka. Dan yang sebenar-benarnya cantik itu adalah apabila dia menutup aurat dengan sempurna. Berjilbab, berhijab mahupun berniqab. Menutup aurat, sudah tentu cantik dan mengikut syariat. Biarlah pakaian itu tidak terlalu singkat, jarang dan nipis. Kalau bertudung itu, eloklah dilabuhkan hingga menutupi dada. :)


Duhai sahabat, 
istiqamahlah dalam menutup aurat kerana Allah. Fahamilah konsep menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi seorang wanita itu ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu antara tafsiran mudahnya di dalam Surah An-Nur : 31. Haa~ sekarang kene faham pulak. Bila sudah tertulis di dalam al-Quran, bermakna ia adalah suruhan dari Allah, dan mengerjakan apa yang disuruh, adalah wajib.! Bila buat dapat pahala, bila tak buat berdosa. Kan.? 


Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri. Mahu pilih dosa atau pahala. Tak susah pun kan kalau niat kita kerana Allah. Yang masih belum sempurna, jom kita cuba sempurnakan.! Yang sudah sempurna, moga istiqamah. Awak cantik bila menutup aurat dengan sempurna. :)

# Tanya diri sendiri, "adakah aku sudah menutup aurat dengan sempurna.?"
Kalau "ya" Alhamdulillah~ tapi kalau masih belum sempurna, berubahlah. 




3 comments:

CikPelangiSenja™ said...

subhanaAllah :'D

Che Maznira (iera) said...
This comment has been removed by the author.
Che Maznira (iera) said...

Yang Tertutup itu Indah .. SubhanaAllah#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...