Dear Hati


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya dengan positif. Mentafsirkannya secara positif dan bertindak juga dengan cara yang positif.

"Ya Allah, kau berikanlah aku hati yang tabah dan kuat dalam melalui segala liku-liku ujian hidup ini."

























Hati, kau kena kuat.!
Jangan cepat mengalah,
Jangan mudah melatah,
Kalau kau kuat, Insha'Allah~
Tiada apa-apa yang mampu buat kau goyah.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan taksub akan cinta dunia,
Kerana cinta itu hanya sementara,
Mungkin sekarang kau tak bisa dapatkan cinta sesama manusia,
Tapi, penuhkanlah cinta itu hanya untuk Yang Maha Pencipta.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan mudah merasa kecewa.
Manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa,
Tapi Allah sentiasa ada,
Sentiasa ada untuk kau kembali kepada-Nya.

Hati, kau kena kuat.!
Allah tidak akan uji kau jika Dia tahu kau tak mampu untuk menghadapinya,
Allah tahu kau kuat setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia,
Bangunlah kau untuk menghadap-Nya,
Dia menguji kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milik-Nya.

Hati, kau jangan menangis. Kau jangan bersedih. Allah kan ada. =)


5 comments:

aindzaya said...

follow this blog dgn hati terbuka..sangat suka nilai islamik yg ada kat sini..keep it up! moga bole jadi pedoman, ilmu untuk orang lain :)

Yana Sakura said...

hati..jadilah kau sekeping hati yang tabah dalam setiap ujian yg dihadapi..jadilah dikau hati yang keras seperti teguhnya karang di lautan..

Hati..kau kan semangat aku =')<3

Aimacomel said...

Allah menguji mereka2 yg disayanginya.. hati, kuatlah.. hidup tak selalunya indah & langit tak senantiasa cerah.. tp ketahuilah kita akan merasa betapa indahnya hidup bila kita benar2 menghadapinya

miss yatie said...

wahai hati, selalulah ingat, Allah tidak pernah hilang dari sisi kita, cuma ada kalanya kita yg menolakNYA..

wahai hati, bahagialah kau sentiasa aamiin

Cikgu Sharifah Hawa said...

Terima kasih...suka n nk share ek..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...