Kerana Aku Seorang Muslimah


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')



Kerana aku seorang Muslimah,
Aku bersyukur apa adanya aku,
Aku belajar menerima takdir-Nya buatku,
Aku di sini kerana cinta-Nya buatku,
Walau dicaci dan dihina,
Aku akan teguh berdiri dan takkan terus tunduk.

Aku bukan Muslimah yang mudah menyerah kalah,
Allahuakbar..!
Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun,
Aku juga bukan Muslimah yang lembik dan lemah.

Aku bukan Muslimah yang lemah,
Yang mengada-mengada,
Tidak mampu untuk hidup berdikari,
Dan yang hanya bergantung pada orang lain,
Aku juga bukan seorang yang pengecut,
Yang mudah kalah terhadap cabaran.

Aku mahu jadi Muslimah yang lemah lembut,
Tapi mempunyai hati yang kuat,
Yang tidak lari dari cabaran dunia,
Tapi menghadapinya dengan berani,
Dengan bersandarkan keyakinan DIA sentiasa di sisi,
Mempunyai hati yang bisa dilentur,
Namun tak mudah untuk dipatahkan,
Aku ingin menjadi seorang Muslimah yang mampu berpijak di atas kaki sendiri..!

Akan ku kesat airmata dengan semangat baru
,
Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya,
Aku tidak akan mudah menurut kata nafsu,
Aku Muslimah yang ditarbiah,
Mampu mempertahankan maruah sendiri
dari tergadai oleh godaan duniawi,
Aku ada DIA, cukup Allah yang Maha Esa.

" tika semua berlalu pergi, Tuhanku tak pernah tinggalkan ku sendiri "



Dear Hati


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya dengan positif. Mentafsirkannya secara positif dan bertindak juga dengan cara yang positif.

"Ya Allah, kau berikanlah aku hati yang tabah dan kuat dalam melalui segala liku-liku ujian hidup ini."

























Hati, kau kena kuat.!
Jangan cepat mengalah,
Jangan mudah melatah,
Kalau kau kuat, Insha'Allah~
Tiada apa-apa yang mampu buat kau goyah.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan taksub akan cinta dunia,
Kerana cinta itu hanya sementara,
Mungkin sekarang kau tak bisa dapatkan cinta sesama manusia,
Tapi, penuhkanlah cinta itu hanya untuk Yang Maha Pencipta.

Hati, kau kena kuat.!
Jangan mudah merasa kecewa.
Manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa,
Tapi Allah sentiasa ada,
Sentiasa ada untuk kau kembali kepada-Nya.

Hati, kau kena kuat.!
Allah tidak akan uji kau jika Dia tahu kau tak mampu untuk menghadapinya,
Allah tahu kau kuat setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia,
Bangunlah kau untuk menghadap-Nya,
Dia menguji kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milik-Nya.

Hati, kau jangan menangis. Kau jangan bersedih. Allah kan ada. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...