Living for Allah, Hoping for Jannah.


Bismillahirrahmanirrahim. 
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Kadang-kadang,
manusia itu mudah saja melukakan.
Saat kita masih seperti yang dulu,
mulut kita masih sibuk berceloteh,
tutur kita masih kuat dan kasar begitu,
tawa kita mungkin kedengaran menyakitkan telinganya,
cara dan tingkah-laku kita mungkin masih seperti dahulu.

Sedang kita masih cuba untuk berubah.

Katanya,
tudung sudah labuh, berjubah, dan kadang berpurdah,
tapi kenapa perangai masih tak berubah.?


Allahu,
sabar,
sabar banyak-banyak,


Tudung itu memang patut dilabuhkan,
Baju itu memang patut pakai yang besar-besar.
Purdah itu, mungkin dia pakai untuk menjauhi fitnah.
kata pada hati, bukan pada dia.!

Sebab pakaian tu boleh dipakai dan dan diletak macamtu sahaja.
Bukan macam perangai, ada suis yang boleh bertukar sekelip mata.


Allahu~ :(





Tengah usahalah ni,
Tengah nak per-elok-kan lagi lah ni.!
Cakap dengan diri sendiri,
tak perlu bagitahu dia dahulu.

Mungkin kita jahil,
dulu kita banyak dosa.
Sekarang Allah nak uji kita sikit-sikit,
Nak bagi bersihkan hati,
Nak bagi kafarah dosa.

Sabarlah, sabar. :)


Jangan kerana manusia,
kita rasa lemah nak berubah.!
Jangan kerana manusia,
kita takut untuk menjadi lebih baik.!

Sedangkan matlamat kita sebenarnya redha Allah Yang Esa.
Bukan respek dan pujian dari manusia.


Ayuh sentiasa tajdid niat.!
Moga hati tidak berbolak-balik dan tidak berbelah bagi.
Moga terus istiqamah di atas perubahan yang dilakukan.

Keep calm and make do'a.
Face it with Imaan.!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...