Jom Berubah.!


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Permulaan untuk berubah adalah dengan mencari ilmu. Zahirkan cinta kepada Allah, untuk tunjukkan kita benar-benar berubah, kita perlu menzahirkannya melalui pakaian. Kerana orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita menzahirkan siapa kita, iaitu sebagai wanita Muslim.
























Allah ciptakan wanita memang cantik dan indah sekali. Don't forget to say Alhamdulillah~ Dan seindah-indah perhiasan di dunia ini adalah wanita solehah. Haa.! Nak jadi solehah, bukan kira ustazah mahupun pendakwah. Kita semua mampu berubah. Insha'Allah~

Yes.! Cantik dan indah di pandangan itu adalah subjektif dan berbeza-beza pandangan mereka. Dan yang sebenar-benarnya cantik itu adalah apabila dia menutup aurat dengan sempurna. Berjilbab, berhijab mahupun berniqab. Menutup aurat, sudah tentu cantik dan mengikut syariat. Biarlah pakaian itu tidak terlalu singkat, jarang dan nipis. Kalau bertudung itu, eloklah dilabuhkan hingga menutupi dada. :)


Duhai sahabat, 
istiqamahlah dalam menutup aurat kerana Allah. Fahamilah konsep menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi seorang wanita itu ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu antara tafsiran mudahnya di dalam Surah An-Nur : 31. Haa~ sekarang kene faham pulak. Bila sudah tertulis di dalam al-Quran, bermakna ia adalah suruhan dari Allah, dan mengerjakan apa yang disuruh, adalah wajib.! Bila buat dapat pahala, bila tak buat berdosa. Kan.? 


Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri. Mahu pilih dosa atau pahala. Tak susah pun kan kalau niat kita kerana Allah. Yang masih belum sempurna, jom kita cuba sempurnakan.! Yang sudah sempurna, moga istiqamah. Awak cantik bila menutup aurat dengan sempurna. :)

# Tanya diri sendiri, "adakah aku sudah menutup aurat dengan sempurna.?"
Kalau "ya" Alhamdulillah~ tapi kalau masih belum sempurna, berubahlah. 




La Takhaf Wa La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')



Sambutlah cinta Allah yang dicurahkan kepada hamba-Nya. 
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian. 
Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan. 
Tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan. 

Tunjangkanlah resahmu di dada solat. Himpunkanlah peritmu di genggaman doa. Tutuplah kekecewaanmu dengan ketaqwaan. Dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati. 

Bila sedih, sandarkan kesedihan pada Allah. Dia akan hapuskan airmata.
Bila merintih, hamparkan  rintihan pada Allah. Dia tak pernah jemu mendengar.
Bila berduka, bentangkan kedukaan pada Allah. Dia takkan keberatan memulihkan.
Bila terasa serba tidak kena, serahkan segala urusan pada Allah. Kerana Dia sebaik-baik perancang dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita.


Keep calm and smile~ Allah loves you.!
:')




Tanyalah Iman Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Mulut sentiasa berbicara tentang cintakan Ilahi, namun hati sibuk mencari cinta si pujaan hati. Suara lentang menegakkan kebenaran, namun jiwa ingin merasa nikmat percintaan yang tidak ditabalkan. Munajat mengalir ruang lidah, namun jasad tidak kuat untuk bermujahadah. Kita kata sayangkan Dia, tapi hakikatnya si dia tetap yang pertama di sanubari kita. Kita janji dalam solat yang hidup dan mati kita hanya untuk-Nya, tapi usaha kita lebih kepada mengejar cinta si dia. Kita impikan Syurga, namun jalan ke Neraka yang memenuhi langkah kita.

Allah, Allah, Allah. :(




# Muhasabah diri, Tarbiah hati.

Adakah kita letakkan Dia hanya di bibir tanpa membuktikannya.?

Kerana si dia, kita pinggirkan Dia.
Adakah Dia berpuas hati.?

Tepuk dada, tanyalah Iman kita yang masih bersisa.

FAGHFIRLI YA ALLAH. ampuni aku. :(


Meneruskan Perjalanan -2013-



Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Alhamdulillah, tahun ke-22 di tahun baru. Tahun baru, azam pun mesti nak bertukar baru. Semoga terus maju.!

Apa azam awak tahun ni.? 

Haa~ bila bertanya soal azam, saya punya azam yang sangat besar, sampai saya sendiri tak mampu nak coretkan di sini. Dan yang pasti, saya ingin memperbaiki diri, biar lebih baik dari sebelum ini. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi di setiap langkahan kita ini.

 























Hiduplah dalam iman, walau hari penuh dugaan. Berjalanlah dengan penuh harapan, walau hidup tak sentiasa peroleh kebahagiaan. Sedekahkanlah sebuah senyuman, walau hati tak mampu lagi bertahan. Belajarlah untuk memaafkan, walau di hati masih ada kelukaan. Berhentilah memberi alasan, walau ingin menyatakan kebenaran. Berazamlah dalam hidup, walau tiada lagi keyakinan.

Tarbiah jiwa, tarbiah iman, Tarbiah dari pengalaman, muhasabah dari kehidupan.

"Allah, bantu aku kuatkan iman, semoga selamat diperjalanan. "


Yang sudah berlaku, biarkan berlalu. Yang mendatang, semoga kita mampu hadapi segalanya dengan tenang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...