Dua Puluh Empat dan Sebelas

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Terima kasih ya Allah di atas kasih sayang-Mu yang unlimited ini. Kerana kasih dan sayang ini aku masih mampu merasai nikmat hidup di dunia ini. Masih diberi peluang untuk menghiasi buku catatan amalan, insha'Allah~ semoga diri ini kuat dan terus istiqamah di jalan-Nya dalam melalui jalan yang penuh berliku ini.




Alhamdulillah~ di usia 21 tahun ini, saya sudah banyak belajar tentang erti sebuah kehidupan. Semakin dewasa, semakin membuatkan saya berfikir "apa tujuan hidup saya di atas dunia ini, dan kemana hala tujuan saya nanti" dan sesungguhnya, setiap hari saya akan muhasabah diri, seboleh mungkin nak jadi yang lebih baik dari hari ke hari. 

Syukur Ya Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Segalanya. Dia berikan ujian dan dugaan adalah untuk mentarbiah diri, dan sebagai tanda kasih sayangnya pada diri ini. Agar kita menjadi lebih matang dan tenang menghadapi hari-hari yang mendatang. See.! Dia mengajar kita erti kehidupan melalui ujian. Jangan mengeluh, teruskan langkahan walaupun perlahan. :)

Perjalanan hidup di atas dunia ini, sungguh bukannya mudah..! Pelbagai onak, duri dan cabaran kita kena lalui. Andai kita tidak kuat, pasti akan tersungkur di tengah jalan. Tapi bangunlah kembali, bangun dari mimpi-mimpi dan carilah realiti. Motif hidup kita di atas dunia ini adalah untuk apa dan kerana apa.

Ketahuilah, hidup di dunia ini hanya sementara, kerana akhirat itu yang kekal selamanya. Dunia ini hanya persinggahan untuk kita mencari bekalan. Jika sudah tahu begitu, mengapa harus ada rasa penat.? Ingin meneruskan perjalanan, haruslah ada bekalan kan.? Jika diri terasa penat, mohonlah pertolongan dari-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang kan. Jangan sombong untuk berdoa dan meminta pada-Nya. Kerana itulah tugas kita sebagai Hamba. :)

" Hidup ini akan terasa indahnya jika bermotifkan LillahiTa'ala  "



NotaHati | Dear ibu, thanx for everything. Ibu banyak bersabar melayan kerenah diri ini semenjak kecil lagi, hingga kini sudah 21 tahun dan sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Diri ini tidak pernah meminta hadiah yang besar dan mahal, cukuplah doa dari ibu yang mengiringi setiap langkah ini. Terima kasih ibu sebab banyak mengajar dan memberi sokongan setiap kali diri ini melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ibu adalah segala-galanya, sumber inspirasi juga buat diri saya. Seorang ibu yang hebat dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. I'm proud of you ibu.! Me heart you. *kiss and big hugs*

Million thanks juga buat sahabat semua, doa dari kalian cukup membuatkan diri ini terharu. Semoga awak semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Ilahi.




Awan dan Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

- Belajar tentang kehidupan dari Awan dan Hujan. -


Awan : Hujan, tolong jangan pergi.

Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

Awan : Tapi aku masih mampu.

Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi kau mampu untuk bertahan.?

Awan : *diam*


Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita, dan kau pun harus akur pada pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke Bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.

Awan : *mahu menangis*


Hujan : Sungguh, terkadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada. Mengapa mahu bersedih.? :')

Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Terima kasih Hujan, kerana mendengarmu aku mengenali diriku.

Hujan : *AllahuRabbi* selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain ya. :')

Awan : *airmata jatuh tanpa henti*

# Hujan pun turun bersama airmata, sakit di saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti kesakitan Awan dan Hujan. langit hanya menyaksikan, tapi belum tentu Langit itu faham akan erti sebuah pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Indah sekali, kamu lihat bukan.? :')





Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

" this is what we call the sweet pain feeling.. "

terima kasih Tuhan di atas kasih dan sayang yang Unlimited ini ♥ 




Semoga Terus Istiqamah


Bismillahirrahmanirrahim.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ :')

Jika inginkan kejayaan, 
harus dimulakan dengan kekuatan,
walau menempuh pelbagai dugaan, 
usah dikuburkan segala impian,
teruskan langkahan, 
walaupun perlahan.!




Tak perlu ragu nak menuju ke arah yang lebih positif.
Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersamamu.
Terus istiqamah. jangan sesekali merasa lemah.!

Usah kerana dengan satu ujian yang Allah berikan, kau dah give upCome on, Allah Maha Mengetahui Segalanya. Dia beri ujian tanda Dia sayangkan kita, dan ujian itu sebagai pengukur bagi keimanan kita. Jangan mudah menyerah kalah.!

Bersabarlah dalam menempuh setiap dugaan dan ujian yang menimpa tatkala diri sedang berjuang di jalan-Nya. Kerana itu adalah salah satu cara sebagai penebus dosa-dosa kita yang lalu. Kuatkan diri, tabahkan hati. Bersabarlah dalam mentaati perintah Allah, kerana Dia tak kan sesekali mensia-siakan kesabaran orang-orang yang bersabar demi ketaatannya pada perintah Tuhan. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...